Tuesday, November 11, 2014

fenomena 2


Tanda Al-fana

Sembahyang orang yang cinta
ialah memfanakan diri
sementara sembahyang orang awam
ialah rukuk dan sujud.

Setengah mereka yang fana (lupa diri sendiri)
dalam satu tajali zat dan kekal
dalam keadaan itu selama-lamanya.
Mereka adalah Majzub yang hakiki.

Sufi itu mulanya satu titik air
dan menjadi lautan.
Fananya diri itu meluaskan kupayaannya.
Keupayaan setitik air menjadi keupayaan lautan.

Dalam keadaan fana,
wujud Salik yang terhad itu dikuasai
oleh wujud Allah yang Mutlak.
Dengan itu Salik tidak mengetahui dirinya
dan benda-benda lain.

Kewalian ialah melihat Allah melalui Allah.
Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk.
Dalam kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud.
Dalam kenabian makhlik masih nampak
di samping memerhati Allah.
Kewalaian ialah peringakat fana
dan kenabian ialah peringkat baqa

Tidak ada pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat.
Jika ada pun ia mencapai Tajali ini,
maka ianya binasa
dan fana kerana Tajali Zat
melarutkan semua cermin penzohiran.
Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya.
(Surah Al-Fadhilah:54)

Tajali bererti menunjukkan sesuatu pada diriNya
dalam beberapa dan berbagai bentuk.
Umpama satu biji benih menunjukkan dirinya
sebgai beberapa ladang
dan satu unggun api menunjukkan dirinya
sebagai beberapa unggun api.

Wujud alam ini fana (binasa)
dalam wujud Allah.
Dalilnya ialah Firman Allah
dalam Surah An-Nur:35 yang bermaksud;
"Cahaya atas cahaya,
Allah membimbing dengan cahayanya
 sesiapa yang dikehendakinya."
dan "Allah adalah cahaya langit dan bumi."

Muraqobah ialah memfanakan hamba akan afaalnya
dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah,
sifat Allah dan zat Allah.

Al-Thomsu atau hilang
iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian pada sifat Allah.
 Maka iaitu satu bagai daripada fana.

No comments:

Post a Comment